Bernama
Datuk
Kadzim M Yahya berkata keputusan ujian saringan itu hendaklah
dikemukakan kepada Pejabat DUN selewat-lewatnya Isnin ini. - Gambar fail
KOTA KINABALU:
Semua wakil rakyat dan petugas perlu melengkapkan dos suntikan vaksin
COVID-19 sebelum menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sabah, Selasa ini.
Selain itu, mereka diwajib menjalani ujian calitan RTK-Antigen 48 jam sebelum hari perasmian sidang tersebut.
Speaker
DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya berkata keputusan ujian saringan itu
hendaklah dikemukakan kepada Pejabat DUN selewat-lewatnya Isnin ini dan
selain itu penghadang antara ahli DUN juga disediakan di dewan
persidangan tersebut.
Beliau berkata langkah tersebut adalah sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.
Kadzim
turut menasihatkan semua ahli DUN agar tidak terlalu lama berada di
dalam dewan bagi mengelakkan jangkitan berlaku di lokasi tersebut.
"Bagi
tujuan itu, kita akan memendekkan tempoh persidangan dan ahli DUN hanya
akan membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Sabah (Tun Juhar
Mahiruddin)," katanya kepada pemberita selepas meninjau raptai
persidangan itu di Bangunan DUN Sabah, Teluk Likas, di sini pada Sabtu.
Mengenai
jumlah kehadiran ahli dewan, beliau berkata setakat ini pihaknya belum
menerima sebarang permohonan untuk pengecualian hadir pada persidangan
tiga hari itu.
"Kita lihat Isnin ini ada
atau tidak sebab kita pun maklum beberapa Yang Berhormat ini merupakan
Ahli Parlimen dan mereka masih bersidang (Dewan Rakyat)," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan