HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 September 2021

Tiada usul undi percaya terhadap Ismail Sabri pada sidang kali ini


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mendedahkan tiada usul undi percaya akan dibawa pada persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 pada 13 September ini.

Terdahulu, satu surat makluman dari Setiausaha Dewan, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin dihantar kepada Ahli-ahli Parlimen bertarikh 30 Ogos 2021 yang memaklumkan penangguhan sidang dewan selama seminggu daripada tarikh asalnya pada 6 September.

Menurut Kit Siang, berdasarkan surat makluman tersebut tidak dinyatakan aturan mesyuarat berhubung undi percaya yang sepatutnya dibawa semasa persidangan kali ini.

“Tetapi keciciran satu perkara mencuri tumpuan iaitu tidak ada usul percaya terhadap Perdana Menteri (PM) baharu dalam aturan mesyuarat dewan.

“Mengimbau kembali situasi politik dan perlembagaan dalam isu pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan, usul percaya terhadap Perdana Menteri yang baru harus menjadi perkara pertama di persidangan Parlimen pada 14 September 2021,” katanya lagi.

Sidang kali ini akan berlangsung sehingga 12 Oktober.

Selain itu, ianya juga sidang pertama sejak Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM pada 21 Ogos lalu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin yang meletak jawatan.

Semalam, Ismail Sabri tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah simpah rahsia Menteri dan Timbalan Menteri kerana sedang menjalani kuarantin kendiri menjadi kontak rapat kepada kes positif Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan Ismail Sabri tidak dapat menghadiri majlis angkat sumpah jemaah Kabinetnya yang berlangsung di Istana Negara.

Selain itu, Ismail Sabri Yaakob juga perlu menguji keabsahkan kedudukannya di Dewan Rakyat dalam undi percaya nanti bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

Sekurang-kurangnya 111 sokongan MP diperlukan bagi mendapat majoriti mudah yang diperlukannya, jika kurang daripada jumlah tersebut ia bermakna Ismail Sabri gagal memperoleh majoriti mudah.

Tiada ulasan: