Firdaus Azil
Perubahan
itu perlu dilakukan bagi memberikan lebih peluang kepada golongan muda
untuk sama-sama memperjuangkan semangat demokrasi Malaysia, kata
Dominic. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Golongan muda berusia 18 tahun perlu diberi peluang untuk menjadi Ahli
Dewan Negara, selari dengan kelulusan yang diberikan kepada golongan
yang sama untuk mengundi dan menjadi Ahli Dewan Rakyat.
Presiden
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dominic Lau Hoe Chai
berkata, sewajarnya perubahan itu dilakukan bagi memberikan lebih
peluang kepada golongan muda untuk sama-sama memperjuangkan semangat
demokrasi di negara ini.
Beliau
berkata, bagi membolehkan perkara itu dilakukan, pindaan harus
dilakukan kepada Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan, iaitu menurunkan
had umur minima Ahli Dewan Negara daripada 30 tahun kepada 18 tahun.
“Perkara
47 mengatakan warganegara Malaysia yang bermastautin di Persekutuan,
layak menjadi Ahli Dewan Negara, jika berumur tidak kurang 30 tahun.
“We request to change this
– kerana Dewan Rakyat boleh tukar kepada 18 tahun, mengapa Dewan
Negara…pelantikan Senator tidak boleh diubah kepada 18 tahun ke atas,”
katanya melalui satu sidang media maya di sini, hari ini.
Dominic
berkata, perkara itu merupakan antara yang akan diperjuangkan Gerakan,
hasil keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti, hari ini.
Pada
14 September lepas, Sebanyak enam transformasi telah dipersetujui
antara kerajaan dan pembangkang melalui Memorandum Persefahaman (MoU)
Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah diterbitkan kepada umum
di laman web Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan