HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Mei 2008

Korupsi pertanian.
MAT SAMAN KATI


Hari ni aku nak relax sikit. Malas nak cakap pasal masjid dan kampung tapi masih lagi tentang nasib orang kampung yang diperkudakan.

Bila aku baca NST hari ini tentang Pengarah MARDI yang nak promosikan GMC (Genetically Modified Crops), aku tengok masih ramai lagi yang nak buat duit diatas kesusahan orang lain.

Kalau nak dibandingkan tahap pertanian kita dengan Thailand, kita jauh kebelakang. Kalau aku kata Kementerian Pertanian hanyalah tempat macam mana nak sapu duit rakyat, mungkin orang kata keterlaluan. Tapi itulah hakikatnya.

Subsidi baja oleh RISDA, FELCRA, MADA dan KADA, bukan untuk meningkatkan pengeluaran ataupun taraf hidup petani, tapi macam mana nak buat duit dengan cepat. Nak beli baja murah, pergi RISDA, cari saja kaki yang jual baja. Nak tanah? Cari saja Felcra. Depa tau macam mana nak putarbelit, sehinggakan tanah yang sepatutnya diberi kepada orang kampung, dijual kepada orang lain.

Akibatnya, pengeluaran hasil makanan kita semakin berkurangan dan terlalu bergantung kepada impot. Bila terlalu bergantung kepada impot, kita terdedah kepada risiko pasaran. Dan dari masa kesemasa, kita menghadapi krisis makanan.

Apabila ini berlaku, kerajaan cuba mengambil cara pintas untuk menyelesaikan keadaan dan pada masa itulah, penjajah-penjajah pertanian ini terjun dengan menawarkan penyelesaian. Bila rakyat memerlukan sesuatu, apa saja yang ditawarkan cukup senang diterima walaupun tanpa disedari akan memberikan akibat dalam jangka masa panjang.

Pada awal 70an, kita ada Bumi Hijau. Sistem pertanian yang berkonsepkan pertanian moden, menggunakan baja kimia dan racun serangga ini menggantikan sistem tradisional yang mesra alam, self sustainable dan community-based. Kita mula bergantung kepada Monsanto, Bayer dan ICI. Memang la, banyak hasil yang diperolehi, tapi dalam jangka masa panjang, sungai-sungai tercemar, tanah-tanah menjadi tidak subur dan memerlukan baja kimia sepanjang masa. Eco-system kita hancur oleh racun serangga. Peningkatan taraf hidup petani tidak juga kesampaian tetapi yang untung berbiion-bilion ialah syarikat-syarikat besar.

Tahun 80an, Mahathir terus mengenepikan sektor pertanian dengan memberi tumpuan kepada perindustrian. Dalam jangka masa pendek, kita untung sebab duit banyak dan harga makanan murah.Yang menjadi mangsa ialah petani, kerana kos pengeluaran meningkat manakala kos jualan masih sama.Oleh itu, kos pengeluaran perlu dikurangkan dan cara yang paling berkesan ialah menggunakan bahan-bahan terlarang. racun-racun serangga yang diharamkan, diseludup masuk dan akibatnya, kita menghadapi krisis kualiti makanan. Tahun 90an, kita disajikan pula dengan sistem hidroponik. Berapa juta yang dibelanjakan untuk membeli takung hidroponik, wallahualam. Tapi ramai yang kaya dengan mempromosikan 'hi-tech' ini walaupun sebenarnya merupakan sistem lapuk yang sudah direject oleh kebanyakan negara. Sekarang, takung-takung ini digunakan untuk menternak nyamuk. Nyamuk-nyamuk dibiarkan bebas sehingga menimbulkan satu masalah. Dan penyelesaian kepada nyamuk ini ialah dengan mengimpot 'warrior mosquito'. Duit lagi.

Ketika kerajaan ghairah dengan hidroponik,negara maju seperti Belanda sudah pun mempelopori 'drip-culture'. Ramai petani Cameron Highlands yang berurusan terus dengan syarikat-syarikat Belanda mendapat faedah dari sistem ini.10 tahun kemudian, sekitar 2004-2005, barulah kerajaan sedar tentang keuntungan sistem 'drip-culture', tapi tidak menyedari kesan sampingan dari sistem ini. Belanda mendapat keuntungan bila kerajaan melaksanakan sistem 'drip-culture' kerana dapat mengurangkan kesan alam sekitar diBelanda, dengan mengeksport teknologi yang tidak lagi berguna diBelanda kepada negara bodoh yang sanggup membayar untuk mendapatkan teknologi ini.

Berapa ratus juta dihabiskan untuk 'drip-culture' ini, akhirnya semua lingkup. Kita masih menghadapi krisis makanan. Dan sekarang, kita disogokkan dengan GMC.

GMC telah pun diperkenalkan diIndia dan Sri Lanka sekitar 1991 melalui tanaman kapas. Tak sampai 10 tahun, program menghadapi masalah eco-system yang kritikal. 'Friendly insects' menjadi pupus sebaliknya serangga perosak menjadi semakin kebal. Semakin banyak racun yang lebih kuat (lethal) diperlukan dan akhirnya, petani India dan Sri Lanka terpaksa bergantung kepada syarikat-syarikat seperti Monsanto, Bayer dan ICI. Dan pada tahun 2001, India dan Sri Lanka telah mengharamkan GMC dinegara mereka.

Banyak negara-negara EU telah mengharamkan GMC dipasaran mereka, tetapi Malaysia melalui MARDI pula merasakan inilah teknologi terhebat untuk mengatasi krisis makanan. Mengapa nasihat diperlukan dari syarikat-syarikat besar untuk menyelesaikan krisis makanan? Mengapa tidak diambil nasihat S.M Idris dari CAP yang mempelopori Organic Agriculture dan Community-Support Agriculture (CSA)?

Mungkin dengan bersekongkol dengan BiotechCorp, jutaan ringgit dapat dibuat. Tapi dengan bersekongkol dengan S.M Idris dapat apa?

Tiada ulasan: