HALAMAN SANTAI

Ahad, 10 Ogos 2008

Aib masuk laman sembang
Oleh: Mohd Harzrul Aminuddin

KUALA LUMPUR: Baby, 23, seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) cuba mahu menambah kenalan melalui laman sembang di telefon bimbit.

Bagaimanapun, dia akhirnya menjadi gadis seks siber paling popular di kalangan lelaki hidung belang.

Malah, peti simpanan pesanan telefon bimbit Baby dipenuhi gambar kemaluan lelaki yang dikirim ‘jantan miang’ mengajaknya melakukan seks melalui telefon hampir setiap malam.

Masalah itu bermula apabila dia menyertai satu laman sembang terkenal melalui perkhidmatan protokol aplikasi tanpa wayar (WAP) kelolaan sebuah syarikat telekomunikasi. “Saya sengaja menyertai laman sembang itu sebab nak tambah kenalan tapi jadi lain pula. Setiap hari saya menerima pelbagai SMS dan MMS berbaur lucah hingga ada lelaki mengajak melakukan ‘phone sex’,” katanya ketika ditemui di IPTA berkenaan.

“Sejak dua bulan lalu, kira-kira 2,000 pengguna mengunjungi laman sembang itu setiap hari,” katanya.

Dia yang juga penuntut tahun kedua mengakui kini tertekan sehingga memaksanya kadangkala terpaksa menutup telefon bimbitnya.

Namun, tindakannya itu tidak mendatangkan hasil.

Selepas dibuka semula, peti simpanan pesanan telefon bimbitnya dibanjiri pelbagai SMS, klip video dan gambar lucah.

“Saya boleh diibaratkan gadis seks siber paling popular mengalahkan artis tanah air sekarang.

“Saya diperlakukan umpama gadis tidak bermaruah hingga pernah dimarahi seorang wanita yang mengaku isteri seorang lelaki yang saya sendiri tidak tahu siapa.

“Puas saya menerangkan kepada wanita itu tapi tidak diendahkan, malah saya diherdik dan dimaki,” katanya.

Menurut Baby, hidupnya tertekan kerana bukan saja rakan pandang hina, malah ada yang cuba mengambil kesempatan.

Dia percaya nombor telefon bimbitnya sengaja dieksploitasi pihak tertentu yang berniat memalukan dirinya.

“Saya tiada musuh dan mustahil perkara memalukan ini ditimbulkan rakan,” katanya.

Untuk mengetahui sejauh mana dakwaan Baby, wartawan Harian Metro cuba melayari laman sembang itu.

Hampir ratusan mesej berbaur lucah rancak menghiasi laman sembang itu, malah ada yang menawarkan perkhidmatan panggilan seks .

Pemerhatian mendapati hampir 10 laman sembang dicipta individu berasingan yang menjadi tumpuan remaja sekolah.

Ia juga membuat tawaran terbuka untuk membeli gambar bogel atau video pasangan melakukan aksi ranjang.

Bagi memasuki laman sembang terbabit, individu tidak memerlukan kata laluan dan pelayar hanya memerlukan 50 sen untuk menjadi ahli.

Wartawan Harian Metro yang memasuki ruang sembang itu beberapa kali dapat berbual dengan beberapa pengunjung yang kebanyakannya pelajar sekolah di seluruh negara.

Beberapa nombor telefon yang didakwa pelayar laman sembang itu boleh digunakan untuk ‘phone sex’.

Daripada 10 nombor telefon yang diperoleh, tiada satu mengakui mereka boleh diperlakukan sedemikian dan ternyata ada pihak sengaja menyebarkan nombor telefon itu bagi mengaibkan pemiliknya.

Laman sembang itu biasanya dibanjiri pengunjung pada waktu malam hingga mencecah 3,000 orang setiap hari.

Jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengulas selepas menjalankan siasatan.

Tiada ulasan: