Harakah edisi 2 kali seminggu akan dilancar sempena Muktamar
Intan Abdullah
Demikian ujar Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar yang juga Pengarah Urusan Harakah kepada Harakahdaily.
"Saya bersyukur kepada Allah atas pelancaran Harakah dua kali seminggu ini yang menunjukkan PAS telah kembali ke zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu," katanya.
Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, pelancaran yang dibuat sejurus selepas ucapan dasar presiden melambangkan kepentingan akhbar rasmi parti Islam itu.
"Kita juga berharap suatu hari nanti Harakah mampu berperanan sebagai akhbar harian bagi menggantikan media arus perdana yang kini sudah tidak lagi relevan," ujarnya.
Sementara itu, pengurus acara bagi majlis pelancaran itu Mokhtar Rozaidi berkata pelancaran tersebut akan dijalankan dengan penuh gimik.
Menjelaskan konsep Harakah edisi baru, beliau menyatakan bahawa ia mengekalkan bilangan muka
"Harganya dikurangkan kepada RM2.00 selain bilangan muka
"Dengan menampilkan konsep yang lebih moden dan kompetitif, ia diharap akan dapat memenuhi keperluan kehendak pembaca," katanya.
Katanya lagi, ia juga akan menggunakan jenis tulisan yang kontemporari selain kolum dan ruang yang lebih pelbagai. - mns_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan