HALAMAN SANTAI

Isnin, 18 Ogos 2008

Puteri Umno tukar imej untuk rayu undi
Mohd Sabri Said


PERMATANG PAUH- Puteri Umno yang ditugaskan ke kampung-kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh untuk menarik undi akhirnya terpaksa bertukar imej daripada berbaju pink, bertopi dan berjaket hitam kepada berpakaian biasa berbaju kurung dan bertudung.

Tinjauan dan maklumat yang diperolehi mendapati usaha mereka dilihat masih gagal melaksanakan tugasan merayu simpati agar penduduk Permatang Pauh berubah undi kepada Barisan Nasional (BN) yang dikatakan lebih relevan pada masa ini.

Malah tindakan merayu undi menambah kemarahan penduduk beberapa buah kampung yang dimasuki oleh Puteri Umno kerana kurang senang dengan tingkah laku atau pujukan yang dijalankan seolah-olah penduduk di Permatang Pauh kurang faham situasi negara apatah lagi cara terbaik untuk memilih kepimpinan negara.

Setakat ini pengaruh Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim tetap terpahat di hati rakyat Permatang Pauh berbanding calon BN, Dato' Ariff Shah Omar Shah yang hanya lebih dikenali di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya sahaja.

Oleh kerana itu menurut sumber, Puteri Umno dan gerak kerja parti BN hanya tertumpu di Dun Sebarang Jaya berbanding di Dun Permatang Pasir dan Penanti kerana cara mereka tidak diterima ramai.

Para pengundi juga diminta berhati-hati melihat wanita berkebaya, berbaju kurung, bertudung labuh atau berseluar jeans kerana khuatir Puteri Umno menyamar sebagai perayu undi KeADILan atau PAS dan perbezaan yang jelas kelihatan ialah tindakan mereka yang mengaitkan kes liwat, peristiwa sumpah oleh Saiful atau membandingkan keramahan Dato' Ariff Shah dengan orang ramai. - mns _

Tiada ulasan: