HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Mac 2009

Ali Rustam jangan ganggu rumah tangga Pas

Pakatan Rakyat


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri mohd Ali Rustam tidak seharusnya mengganggu rumah tangga Pas dengan menyatakan Pas tidak lagi relevan memperjuangkan Islam dan kepentingan orang Melayu gara-gara diperkudakan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman sebaliknya memberitahu, Ketua Menteri Melaka itu perlu memberikan tumpuan kepada pencalonan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Katanya, kenyataan Mohd Ali yang menyatakan Pas tidak relevan adalah tidak tepat kerana parti itu (Pas) kini mendapat sokongan pelbagai kaum.

Mohd Hayati berkata, Pas terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik sehingga terbukti kemampuan mereka menarik minat kaum Cina dan India.

“Pas sekarang bukan sahaja orang Melayu yang menyokong, malah orang India, Cina, Siam sudah menjadi ahli kelab penyokong,” katanya kepada Sinar Harian.

“Selain itu, Pas akan terus berusaha memperjuangkan kebajikan rakyat dan akan melaksanakannya demi kepentingan masyarakat tanpa mengira batas kaum, agama serta bangsa,” katanya.

Menurutnya, atas perjuangan itu, masyarakat terpikat dengan Pas.

Tiada ulasan: