SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan segala persoalan berhubung tuduhan pihak pembangkang sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kenyataan bakal Perdana Menteri itu bahawa beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk membersihkan UMNO sebenarnya tidak meyakinkan rakyat.
“Persoalan saya adakah dia (Najib) telah bersih? Banyak persoalan yang kita kemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tapi masih belum ada siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, semalam.:
Menurutnya, kenyataan Najib bahawa calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kekal Ketua Menteri Melaka walaupun jelas didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti itu juga menjejaskan kredibiliti Ahli Parlimen Pekan itu untuk menerajui kepimpinan UMNO hujung bulan ini.
“Perlu ada arahan jelas daripada kepimpinan UMNO supaya Mohd Ali dikenakan tindakan dan digugurkan jawatan Ketua Menteri Melaka kerana proses siasatan telah dibuat malah dilakukan dalam parti sendiri, jadi ini kenyataan yang keterlaluan dan jelas pilih kasih,” katanya.
Shamsul berkata, SPRM juga perlu bertindak tanpa perlu menunggu laporan daripada mana-mana pihak untuk menyiasat secara telus semua pemimpin UMNO yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti itu baru-baru ini.
1 ulasan:
kah kah kah
tak dapat bayangkan kalau najib gi persidangan bangsa bangsa bersatu berdepan dengang pemimpin seluruh dunia yang tau pasal kes pembunuhan altantuya ...
kah kah kah !
boleh terkencing dia.
Catat Ulasan