HALAMAN SANTAI

Ahad, 22 Mac 2009

Di Malaysia, seorang mati setiap hari kerana AIDS

KLPOS.COM


Dewan Rakyat hari ini diberitahu terdapat tiga rakyat negara ini disahkan positif HIV dan seorang didapati meninggal dunia akibat AIDS pada setiap hari. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abd Latif Ahmad berkata jumlah purata itu adalah berdasarkan kes positif HIV terkumpul yang sudah mencapai 80,000 kes setahun.

Sejak 2003, katanya, kementerian mendapati kes positif HIV menurun daripada 27 peratus bagi setiap 100,000 penduduk menjadi 17 peratus menjelang 2008.

“Oleh yang demikian, usaha-usaha bagi memastikan penyakit ini tidak menjadi ancaman kepada negara termasuk melaksanakan Pelan Strategik Kebangsaan (NSP) mengenai AIDS 2006-2010.

“Sebahagian daripada program yang dilaksanakan ialah pencegahan, kawalan, rawatan, penjagaan dan sokongan kepada pihak yang menghidap HIV,” katanya.

Abd Latif menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) yang ingin tahu langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mengekang merebaknya penyakit AIDS dan HIV daripada 80 ribu tahun lepas.

Beliau berkata pelbagai program membasmi HIV/AIDS digerakkan oleh kerajaan termasuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS dan Jawatankuasa Membanteras Dadah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk program khususnya bagi mengurangkan kemudaratan bermula 2006 hingga 2010.

Tiada ulasan: