SIASAH DAILY
KUANTAN: Paya Besar adalah sebuah kawasan Parlimen dalam negeri Pahang. Dalam Parlimen ini pula terdapat tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Panching, Sungai Lembing dan Lepar.
Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu kerusi Parlimen Paya Besar termasuk ketiga-tiga DUN di dalamnya telah dimenangi oleh Barisan Nasional melalui wakil Umno.
Hari ini Paya Besar telah mencatat sejarahnya tersendiri dalam politik tanah air khususnya politik BN apabila keempat-empat wakil rakyatnya (satu Parlimen dan tiga DUN) didapati bersalah terlibat dalam rasuah.
Apabila Lembaga Disiplin Umno melalui pengerusinya Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan keputusan siasatan ahli-ahlinya yang didakwa terlibat dengan politik wang, mungkin ramai yang terlepas pandang kerana lebih memberi tumpuan kepada calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan calon ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Tetapi disebalik 29 nama dalam senarai keputusan siasatan lembaga Disiplin Umno itu terdapat nama Abdul Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar), Md Sohaimi (Adun Sungai lembing), Mohd Zaili Besar (Adun Panching) dan Mohd Shohaimi Jusoh (Adun Lepar) yang kesemuanya diputuskan bersalah.
Mungkin ini satu kejutan besar kepada semua pengundi Paya Besar kerana empat wakil rakyat yang mereka pilih sama ada mewakili parlimen maupun DUN-DUN dalam kawasan ini tiada seorangpun yang bersih dari jenayah politik wang.
Namum lebih menarik apabila ketua Umno bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman menghantar faks kepada Siasah dengan dakwaan amat serius.
"Perlakuan rasuah oleh keempat-empat ahli Umno tersebut didalangi oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan