Oleh G. MANIMARAN, NURAIL AIN HUSSAIN, ARIFUDDIN ISHAK
dan ZANARIAH ABD. MUTALIB
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak hari ini menegaskan, pemilihan Umno kali ini yang meliputi semua peringkat bakal menentukan masa depan dan survival parti itu untuk terus mencipta sejarah ataupun sebaliknya.
Ketika menyampaikan ucapannya yang bertemakan Menakhoda Zaman, Timbalan Presiden Umno ini berkata, tugas para perwakilan tahun ini adalah yang paling berat dalam sejarah Umno.
"Berbeza dengan tahun-tahun pemilihan lalu, yang dipertaruhkan kali ini bukan hanya sejumlah jawatan.
"Bukan pula sekadar kedudukan atau status bagi mana-mana individu. Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri.
"Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan kali ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah," kata beliau.
Beliau yang Timbalan Perdana Menteri menyatakan demikian ketika berucap merasmikan serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC.
Beliau yang telah memenangi jawatan Presiden kini sedang berucap lebih 2,000 perwakilan ketiga-tiga sayap itu.
Bertolak daripada kata-kata kata beliau, hakikatnya, Umno masih disayangi oleh orang-orang Melayu.
"Tidak ada sesiapa dapat menafikan hal ini. Sebab itulah, mereka mengundi untuk mengekalkan Umno sebagai parti terbesar dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat walaupun dinafikan majoriti dua pertiga.
"Atas sebab itu, Umno wajib mengambil iktibar yang betul dari mesej yang disampaikan oleh orang Melayu.
"Jika tidak, perasaan sayang tapi marah ini akan bertukar pula menjadi benci dan terus tidak peduli," katanya lagi.
Untuk melangkah ke masa depan, Najib juga berkata, Umno harus berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat.
Tegas beliau, Umno dan mana-mana juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang.
" Pemimpin berkualiti tetapi tidak memberi rasuah akan terpinggir. Parti akan diterajui pula oleh golongan yang akan terus mengamalkan budaya itu dalam kepimpinan," katanya.
Tambah Najib, "jelas, kalau tidak dibendung dan membarah, kelaknya pemimpin dan pengikut akan menganggap ia sesuatu yang biasa hingga timbul ungkapan ‘beri salah, tidak beri kalah’."
"Barangkali juga semua dalam dewan ini tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong dan Salam Isi... Ini bukan satu gurauan.
"Kita mestilah menghapuskan politik wang hingga ke akar umbinya. Jika tidak, nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan Umno, parti tercinta ini," katanya.
Malah beliau memberitahu, "Umno sama sekali tidak boleh dilihat sebagai parti yang antiidea baru, anti orang cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda."
Katanya, Umno adalah parti yang bertanggungjawab meningkatkan akses pendidikan terutamanya pendidikan tinggi kepada mereka.
"Kini, 38 peratus kumpulan umur 17 hingga 23 tahun berpeluang mendapat pendidikan tinggi.
"Angka diunjur ini akan meningkat kepada 40 peratus menjelang tahun 2010 dan 50 peratus apabila tibanya 2020. Apa yang penting, janganlah kita biarkan hasil semaian Umno ini terlepas ke tangan pihak lain.
"Sebolehnya, kita perlu menawan imaginasi golongan ini dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka," katanya lagi.
Beliau seterusnya menyeru bahawa ahli-ahli Umno mesti juga memastikan amalan jelek cantas-mencantas dan sekat "menyekat mana-mana anak-anak Melayu, tua atau muda, terpelajar atau tidak, dihentikan pada detik, saat dan ketika ini juga."
"Sikap tercela ini akan hanya menjauhkan kita dari mereka yang penuh ikhlas ingin berkongsi perjuangan.
"Hal ini jika tidak dikawal, sedikit demi sedikit akan menyemai bibit-bibit kemusnahan kepada parti yang selama ini menjadi tonggak bangsa dan negara," katanya lagi.
1 ulasan:
Cheng Peng pejuang kemerdekaan: Tunku, UMNO dan Raja-raja adalah pengkhianat Negara.
UMNO Perlu Belajar Matematik Itik atau Bersedia Untuk DiTalqimkan.
Pendapat yang popular sekarang ini ialah,UMNO tidak mampu membuat pembaharuan. Kebanyakkan pemimpin-pemimpinnya terlalu mementingkan diri sendiri (lihat sahaja betapa setiap pemimpin disemua peringkat kaya raya).
Secara ringkas jika parti ini ingin terus relevan dalam politik negara ia harus menginstitusikan semula demokrasi dlm parti dan menghapuskan sepenuhnya rasuah politik dlm parti.
Perlembagaan Parti ialah suatu karya agung bagi satu-satu pertubuhan.Ia adalah penyelamat tetapi apabila ia hanya dirujuk secara selektif ia semacam ‘time-bomb’. UMNO akan jadi ‘self-destructive’
Sejarah telah menulis kejatuhan sesuatu bangsa atau mana-mana temaddun ialah kerana gagal mematuhi peraturan.UMNO sudah memiliki ciri-ciri ketidakpatuhan kepada perlembagaan sendiri.Baik dari pemimpin atasan maupun pengikut bawahan.
Kata orang! Suasana UMNO sekarang semacam orang demam kepialu. Sesekali terdengar mericau, sesekali terdengar mengerang. Dalam mericau dan mengerang ini sesekali rasa hendak tergelak pula. Dahsyatnya bahang kepialu.
Jika kepialu panasnya melebihi had, maka kehangatan politik juga menunjukan sudah melebihi had. Seperti kata Tan Sri Musa Hitam baru-baru ini, Umno sudah lama. Sudah tua. Orang tua tentu sudah nyanyuk. Di antara tabiat nyanyuk ialah mericau dan bercakap tak ketahuan kepala ekur.
Ada 3 perkara yang melucukan dalam kelamkabut kepialu politik dan percaturan sekarang. Kita tidak mengikut ‘skill’ dan tidak mengikut matematik yang betul. Kita rasa jika semua orang politik mengambil iktibar dan belajar dari matematik itik tentunya tidak kelihatan mericau dan nyanyuk seperti sekarang ini.
1. Itik walaupun berpuluh ekur, apabila balik dari sawah ketika hampir senja, matematiknya tetap terpelihara. Cuba lihat itik-itik ini. Tak seekur pun mendahului yang lain. Tak seekur pun keluar barisan. Sangat tertib lengguk keteknya walaupun lambat. Jika seekur melangkah batu, yang di belakangnya tetap juga melangkah batu.
Matematik itik, sepanjang mana pun barisannya, jarak antara seekur dengan seekur tetap sama. Nyatalah itik-itik yang dijadikan Allah ini mempunyai peraturan dan mematuhinya. Tidak ada yang tua mahu dahulu dan tidak ada pula yang muda minta didahulukan.
Matematik itik juga menepati waktu. Tidak ada dalam perkiraan minit dan jam mereka terlewat hendak masuk reban. Pembelanya tidak perlu risau. Cukup waktu sampailah dia.
Alangkah bagusnya jika warga UMNO kita bermatematik seperti itik. Tidak ada yang cemburu, tidak ada yang mahu mendahului, yang tua walaupun di belakang, dia tetap patuh kepada jarak lengkahnya dengan yang hadapan, manakala yang belakangnya tetap tidak menyepak kaki kawannya yang hadapan.
Alangkah indahnya jika orang UMNO seperti itik pulang petang. Senyap-senyap balik, beratur dengan jarak yang ditentukan. Sampai reban masuk. Esok masing-masing bertelur untuk menunjukan hasil mahsulnya.
UMNO sedang meniti hari-hari akhirnya. Kalau tidak diambil tindakan yang drastik dan keberanian yang luarbiasa . Ayuh ramai-ramai kita bersama baca surah Yasin.Kalau nak sembuh,sembuhlah cepat,kalau nak kulluhum,kuluhum lah cepat. Melayu hendaklah bersiap-sedia untuk mentalqimkan UMNO.
Sejarah kemudian akan ditulis oleh orang yang menang. Cucu-cicit melayu akan membaca sejarah yang berbeza dari apa yang kita ada sekarang!. Kalau NAZI dan Hitler menang dalam peperangan Dunai ke2 dahulu mungkin sekarang kita dapat membaca sejarah yang kontradik dari apa yang kita baca.
Dulu kalau Komunis dapat tawan Malaysia,mungkin begini sejarah berbunyi begini: Cheng Peng pejuang kemerdekaan: Tunku, UMNO dan Raja-raja adalah pengkhianat Negara.
DSN!! SELAMATKAN LAH UMNO.
Catat Ulasan