BERITA HARIAN ONLINE
TAIPING: Enam belas orang cedera, termasuk dua parah, dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di kawasan kafe siber di Kamunting Jaya dekat sini, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata sebahagian besar yang cedera adalah remaja berusia 16 hingga 20 tahun, dipercayai ditetak dengan parang oleh dua lelaki daripada salah satu kumpulan terbabit.
“Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perbuatan saling mengejek antara dua kumpulan remaja yang berada dalam premis berkenaan sebelum disusuli perbuatan berbalas tampar antara mereka.
“Kira-kira tiga jam kemudian tiga orang dari satu kumpulan datang ke situ dengan dua daripadanya membawa parang mencari mereka yang dikatakan menampar rakan mereka.
“Oleh kerana gagal mengesan remaja terbabit, dua lelaki itu mengamuk dan melibas parang ke arah anggota kumpulan yang dipercayai menampar rakannya sehingga terjadi pergaduhan.
“Berikutan itu, 16 orang cedera di beberapa bahagian badan, termasuk kepala dengan dua cedera parah,” katanya pada sidang akhbar, di sini semalam.
Raja Musa berkata, sepasukan polis pelbagai unit dibantu polis Kuala Kangsar, Kerian, Selama, Ipoh dan daerah lain berhampiran segera ke tempat kejadian selepas menerima maklumat dan berjaya mengawal pergaduhan kurang dua jam.
Beliau berkata, sehingga petang semalam sembilan remaja masih dirawat di Hospital Taiping, manakala yang lain dibenarkan pulang kerana hanya cedera ringan.
Katanya, polis sudah menahan tiga lelaki berusia 21 hingga 26 tahun untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu menggunakan senjata berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang boleh menggugat keamanan berhubung pergaduhan berkenaan.
Beliau meminta orang ramai tidak terlalu mudah mempercayai SMS sedemikian yang jelas bermatlamat untuk menimbulkan suasana kurang tenteram di kalangan rakyat.
Raja Musa berkata, polis sudah mengenal pasti anggota dua kumpulan terbabit yang disyaki terbabit dalam pergaduhan.
"Polis juga menemui beberapa objek seperti kayu dan besi yang digunakan dalam pergaduhan itu," katanya.
. dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang khabar angin berhubung kejadian berkenaan.
"Polis akan menjalankan pengawasan berterusan bagi memastikan kejadian pergaduhan tidak berulang. Keadaan di situ kini telah tenteram dan polis akan terus berkawal bagi memastikan kejadian itu tidak berlarutan," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang boleh menggugat keamanan berhubung pergaduhan berkenaan.
Beliau meminta orang ramai tidak terlalu mudah mempercayai SMS sedemikian yang jelas bermatlamat untuk menimbulkan suasana kurang tenteram di kalangan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan