HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Jun 2009

Umno anggap idea kerajaan perpaduan belum berkubur - Ahmad Maslan

BERNAMA


KUALA KRAI: Walaupun pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, Umno menganggap idea itu belum berkubur kerana tidak semua pemimpin PAS menolaknya.

"Masih ada harapan kerana tidak semua pemimpin PAS yang tentang idea kerajaan perpaduan," kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata Umno menyokong cadangan itu kerana perpaduan bukan sahaja akan menguntungkan orang Melayu tetapi juga semua kaum.

Cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan itu dicetuskan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan menyelesaikan pelbagai kemelut politik yang melanda negara tetapi ianya ditolak dalam satu perjumpaan pemimpinpemimpin pakatan pembangkang dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat dengan Pas pada Isnin lepas.

Ahmad berkata Umno sentiasa membuka ruang perbincangan sekiranya PAS masih mahu meneruskan idea pembentukan kerajaan perpaduan itu.

"Kita tetap berharap untuk mengadakan perbincangan dengan PAS tentang kerajaan perpaduan, tanpa kehadiran sekutunya dalam pakatan kerana jika ada mereka, susah sikit untuk berjaya," katanya.

Ahmad sebelum itu melawat pasangan warga emas, Omar Ya, 79 dan isteri Munah Dollah, 58, di rumah mereka di Kampung Sungai Peria di sini.

Tiada ulasan: