HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Jun 2009

11 Dalil Mengapa Umno Akan Kalah di Manek Urai

PEMUDA SARAWAK


Pilihan raya Manek Urai 2009 merupakan pilihan raya kecil ke-7 yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Haji Ismail Yaacob pada 5:55 pagi 22 Mei 2009 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.

Pada 28 Mei 2009, Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof telah berkata bahawa pilihan raya kecil ditetapkan pada 14 Julai 2009 ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai 2009, bermakna lapan hari tempoh berkempen telah diberikan.

Calon Pakatan Rakyat/PAS yang dipilih adalah Fauzi Abdullah manakala calon BN/Umno ialah Tuan Aziz Tuan Mat. Berikut adalah 11 Dalil Mengapa Umno akan kalah di Manek Urai.

1.Tuan Aziz dikatakan antara calon yang terjempit dalam kemelut masalah Umno di Kuala Krai.

2.Tuan Aziz dikatakan bukan orang yang direstui oleh Ketua Bahagian, Ramzli Abdul Rahman.

3.Budaya ‘cah keting’ yang sinonim dengan UMNO Kelantan juga mungkin akan ‘membantutkan’ peluang BN.

4.Jentera kempen BN/Umno Manek Urai telah berpecah kepada dua kumpulan kerana perebutan kuasa.

5.Umno sama ada di peringkat Manek Urai mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.

6.Umno berhempas pulas merayu simpati pengundi, namun rakyat di Manek Urai terus memperlihatkan sikap dingin terhadap Umno.

7.Tuan Aziz berumur 39 tahun semasa dia meletak jawatan sebagai Pengurus KESEDAR tetapi layak mendapat pencen.

8.Dilihat sebagai ‘Orang’ Najib Razak dan masyarakat di Manek Urai pada hakikatnya tidak menyukai Najib dan isterinya Rosmah Mansor.

9.Lawan Tuan Aziz dari PAS Fauzi Abdullah seorang yang amat-amat cakna pada masyarakat sekeliling.

10.Tuan Aziz tidak faham akan keperitan masyarakat Manek Urai kerana dia berkolar putih berbanding dengan lawannya yang berkolar biru seperti majoriti pengundi Manek Urai.

11.Fauzi Abdullah mempunyai sebuah Van persendirian yang diwakafkan sebagai Van Jenazah kepada penduduk Kuala Krai. sesiapa sahaja boleh menggunakan Van Jenazah tersebut jika mahu dan tiada bayaran dikenakan.

2 ulasan:

mantra-indeeptots berkata...

Salam...

Makan daging sendirikah?

Singh Is Kinng berkata...

Salam,

Kenapa banyak sangat "dikatakan", adakah kata-kata sendiri tidak dikeluarkan. Atau Tuan hanya mendengar cakap-cakap belakang dan terus membuat sendiri punya kesimpulan.

Semasa bertugas di Kuala Krai, pejabat Tuan Aziz adalah di Kampung Peria, kawasan Manek Urai. Tidak mungkin Tuan Aziz langsung tidak dapat merasai keperitan hidup kerana beliau bertanggung jawab mengurus permasalahan rakyat.

Satu lagi, kenapa Van Jenazah juga menjadi mangsa kempen politik kerana setahu saya Abang Fauzi kita menderma Van itu secara ikhlas kerana Allah Taa'la.

Wassalam.