HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Jun 2009

Lapan Syarikat Tunai Zakat Perniagaan RM1.14 Juta

MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN


SHAH ALAM – Tujuh syarikat hari ini menunaikan zakat perniagaan berjumlah lebih RM1,137,701.89 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dato’ Dr. Hassan Mohamed Ali menerima bayaran tersebut bagi pihak LZS dalam satu majlis pagi tadi dekat sini.

Syarikat tersebut ialah Tenaga Nasional Berhad sebanyak RM694,156.50, Hicom Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (RM120,210.20), Universiti Tun Abdul Razak (RM116,950.00), Bank Simpanan Nasional (RM100,000.00) dan MS Time Ventures Sdn Bhd (RM52,790.59) manakala Jalur Cahaya Sdn Bhd, Persatuan Nelayan Kawasan Sg. Besar dan Menawar Perkhidmatan Landskap Sdn Bhd masing-masing sebanyak RM50,000.00 dan RM3,594.60 dan RM2,719.83.

Dalam majlis yang sama, LZS turut mengagihkan bantuan zakat kepada dua individu dan institusi berjumlah RM56,610.40 antaranya ialah Surau Asy-Syakirin yang menerima bantuan baik pulih berjumlah RM25,000.00 dan Sekolah Agama Menengah Paya Jaras pula menerima bantuan sumbangan peralatan sekolah berjumlah RM10,000.00.

Selain itu, dua individu penerima bantuan zakat tersebut ialah Mohamad Arif bin Samsudin yang menerima bantuan perubatan sebanyak RM14,610.40 dan Anwar Khan bin M.A Aziz Khan yang menerima bantuan menampung kos pembedahan ketumbuhan badannya berjumlah RM7,000.00.

Turut hadir Pengurus Besar LZS, Ahmad Shahir Makhtar.

Tiada ulasan: