HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Jun 2009

Pesakit mental meningkat

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Penyakit mental di negara ini mencatatkan peningkatan, dengan lebih banyak individu mendapatkan rawatan bagi masalah itu yang meliputi gangguan mental ringan kepada skizofrenia teruk.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, sebanyak 379,010 individu mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital-hospital kerajaan, berbanding 324,344 pada 2007.

Jumlah pesakit psikiatri yang dirawat di hospital tahun lalu ialah sebanyak 21,852 kes berbanding 21,217 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Pembangunan Perubatan kementerian itu, Datuk Dr Azmi Shapie.

Beliau berkata Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 pada 2006, menunjukkan semakin ramai remaja yang menderita masalah kesihatan mental.

Kaji selidik itu menunjukkan 19.5 peratus kumpulan umur lebih tua (70 hingga 74 tahun) dan 14.4 peratus golongan termuda (antara 16 dan 19 tahun) juga lebih berisiko menghidap masalah kesihatan mental, daripada kumpulan umur lainnya," katanya pada Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia ke-14 di sini hari ini. -

Tiada ulasan: