HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Jun 2009

Arahan hormat lagu Negaraku

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menempatkan pegawai-pegawainya pada majlis rasmi kerajaan bagi memastikan hadirin termasuk petugas media menghormati lagu Negaraku ketika dimainkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu membolehkan mereka bertindak menghalang petugas media seperti jurugambar daripada berjalan-jalan sambil memetik kamera mereka.

Menurutnya, jika masih terdapat pihak yang ingkar selepas ini, para pegawai kementerian terlibat akan memastikan mereka meninggalkan majlis itu.

Jelas beliau, walaupun masyarakat dan petugas media telah diingatkan sebelum ini mengenai perkara tersebut, namun pihaknya mendapati masih ada segelintir daripada mereka tidak mematuhi serta menghormati lagu kebangsaan itu.

"Di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura, mereka tidak buat begitu, mereka menghormati lagu kebangsaan mereka," katanyaselepas menghadiri pelancaran logo serta lagu 1Malaysia dan program senam seni Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Tiada ulasan: