UTUSAN ONLINE
PUTRAJAYA - Semua sekolah yang memasang pendingin hawa dicadangkan menggunakan kipas buat sementara waktu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu bertujuan memastikan pengudaraan yang baik dan bersih semasa sesi persekolahan bagi mencegah penularan H1N1.
Katanya, pihaknya mencadangkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan arahan tersebut sebagai tambahan kepada langkah-langkah membendung peningkatan kes selesema babi.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa tindakan boleh dikenakan ke atas penyebar khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu mengenai wabak H1N1.
Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan