HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Jun 2009

Mengapa Najib teringin Omar jadi CEO Petronas?

Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menjelaskan isu berhubung mengapa beliau terlalu inginkan, Omar Mustafa menjadi CEO Petronas yang baru menggantikan Tan Sri Hassan Marican.

Menurut Kit Siang, ini satu tindakan yang menggusarkan kerana individu yang dilantik ke jawatan sepenting itu mempunyai rekod yang tidak baik.

Walhal katanya, mesyuarat Lembaga Pengarah Petronas bulan lalu telah menolak cadangan menamakan Omar selaku CEO.

Isu ini kata Kit siang tidak pun disiarkan akhbar-akhbar arus perdana yang hanya menyepikan dari pengetahuan awam, walhal Petronas adalah syarikat berkepentingan awam yang besar nilainya.

Najib dikatakan mencalonkan nama Omar namun telah ditolak oleh Lembaga Pengarah Petronas, namun sekali lagi beliau akan mencalonkan nama Omar bagi mewujudkan rejim Najib di Petronas, ujarnya.

Ujar Kit Siang, Petronas menolak pencalonan Omar kerana omar mempunyai rekod melanggar perjanjian pelajaran tajaan Petronas sebelum ini.

Omar dikatakan tidak mengikuti syarat melengkapkan perkhidmatan mengikut tahun yang ditetapkan dalam perjanjian dengan Petronas menyebabkan syarikat itu mengambil tindakan undang-undang ke atas Omar pada tahun 2001, dakwa Kit siang.

"Najib perlu jelaskan kepada Parlimen mengapa beliau terlalu inginkan orang yang ada masalah perjanjian dengan Petronas untuk menjadi CEO Petronas dan lagi menyedihkan Omar juga ditolak Lembaga Pengarah Petronas," katanya.

Sementara itu Tan Sri Hassan Marican tidak menolak kemungkinan spekulasi mengenai penggantinya kini sedang hangat diperkatakan.

Namun beliau sendiri tidak tahu akan siapa penggantinya dan hanya berkata "tanyalah kepada kerajaan". - mks._

Tiada ulasan: