HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Jun 2009

Pilihan raya Perak selepas Manek Urai

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Pas menjangkakan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan diadakan sebaik selesai pengundian di Manek Urai, 14 Julai depan.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, keyakinan itu berdasarkan situasi semasa yang memihak kepada Pakatan Rakyat (PR) ketika ini.

“Saya menjangkakan pilihan raya Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang buat persiapan apa yang patut bagi menghadapi pilihan raya Perak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pangkalan Chepa berkata, dalam keadaan ini, Barisan Nasional (BN) dapat memerintah dengan kerusi yang tidak sempurna apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggalkan Pakatan.

Namun, katanya, ketiga-tiga ADUN yang menimbulkan konflik itu tidak menyertai Barisan Nasional (BN), sebaliknya hanya berstatus Bebas.

“Oleh itu kerusi milik PR dan BN adalah sama iaitu 28 kerusi, ia menguatkan lagi jangkaan kita bahawa BN tidak dapat memerintah dengan baik dan memerlukan pembubaran DUN dengan segera,” katanya.

Abd Halim berkata, pihaknya kini bersiap sedia kepada sebarang kemungkinan jika pengumuman untuk mengadakan pilihan raya itu diadakan dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, Pas Perak sebelum ini diperuntukkan 21 kerusi dan hanya menang enam daripadanya.

“Jika berlaku, kita bersedia mengekalkan peruntukan kerusi itu atau berubah mengikut keputusan yang dibuat pucuk pimpinan PR.

“Yang pasti saya yakin Pas akan menang lebih banyak kerusi berbanding sekarang dan perkara itu terbukti pada pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya.

Tiada ulasan: