HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Jun 2009

14 kes baru dikesan, jumlah 105

Dua kelas sebuah sekolah di Kudat diarah tutup seminggu

BERITA HARIAN ONLINE


PUTRAJAYA: Sebanyak 14 kes baru membabitkan 13 kes import dan satu kes tempatan jangkitan H1N1 dikesan di Malaysia semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 105 kes.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan mengarah dua kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah ditutup serta-merta selama tujuh hari mulai semalam berikutan penularan H1N1.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata daripada keseluruhan kes, 90 adalah kes import, manakala 15 kes penularan tempatan, kata

Beliau berkata, kes import membabitkan 10 warga Malaysia dan bakinya empat rakyat asing dengan tiga warga Australia dan seorang Filipina.

Katanya, kes jangkitan tempatan pula membabitkan seorang kanak-kanak warga tempatan berusia enam tahun yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

"Seramai 45 daripada 105 pesakit H1N1 sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, manakala selebihnya stabil dan masih dirawat di hospital seluruh negara," katanya.

Dr Ismail berkata, bilangan sekolah yang ditutup sepenuhnya masih kekal empat dan membabitkan 2,300 pelajar, guru dan kakitangan, manakala kontak yang dikuarantin di rumah pula 340 di seluruh negara.

Tiada ulasan: