Oleh Zalifah Mohd Yatim
MUAR: Seorang anggota polis bersama lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol seorang suri rumah warga Indonesia secara bergilir-gilir di dua lokasi berasingan pada 8 dan 9 September 2007.
Selain itu, seorang remaja juga dihadapkan ke mahkamah yang sama atas tuduhan bersubahat dengan dua lelaki itu apabila menunggu di luar gudang ketika wanita itu rogol oleh tertuduh terbabit.
Semua tertuduh termasuk remaja berkenaan mengaku tidak bersalah di depan Hakim Kamarudin Kamsun dan memohon untuk dibicarakan.
Tertuduh, Konstabel M Kumaran, 30, bersama K Shutharabathi, 23, dan S Navindraj, 21, dituduh merogol wanita itu yang kini berusia 24 tahun di dalam bilik bernombor 306 di sebuah hotel di Jalan Bentayan, di sini antara jam 2 pagi hingga 6 pagi pada 8 September 2007.
Tertuduh S Alvin, 24, yang berasal dari Kuala Lumpur, kini dalam tahanan reman kerana sedang dan masih menunggu tarikh perbicaraan atas tujuh kesalahan lampau yang dilakukan di ibu negara, menghadapi tuduhan berasingan melakukan kesalahan yang sama, di tempat, tarikh dan waktu yang sama.
Tertuduh kelima dan keenam, Hashim Ishak, 23,dan Mohammad Affendi Roselin, 18, dituduh merogol wanita yang sama di sebuah gudang kosong di Jalan Khalidi, di sini antara jam 12.30 tengah hari hingga 3 petang pada 9 September 2007. Remaja bawah umur dituduh bersubahat dengan Hashim dan Mohammad Affendi.
Keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan manakala tertuduh juvana dikenakan hukuman yang sama atau mengikut Seksyen 109 kanun sama.
Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin terhadap setiap tertuduh dan menetapkan sebutan pada 23 Julai depan.
Setiap tertuduh turut dikenakan syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi dan jika ada laporan dibuat terhadap mereka, jaminan akan ditarik balik serta mereka diarahkan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadhli Mat Satris, manakala Kumaran dan juvana itu diwakili peguam, Manjeet Kaur Nair.
Manjeet sebelum itu mohon jaminan yang rendah dikenakan terhadap anak guamnya, Kumaran yang kini sudah digantung kerja sejak dua tahun lalu daripada perkhidmatan terakhirnya di Balai Polis Bakri dan kini hanya menerima gaji RM400 sejak dikenakan tindakan tata tertib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan