SABAH DAILY
Sultan Johor hari ini menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.
Titah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor pagi ini.
“Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu,” baginda dipetik bertitah.
Pengumuman mengenai pembinaan jambatan ketiga di Timur Johor dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengadakan lawatan pada 18 hingga 19 Mei lalu, bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang sering berlaku Tambak Johor terutama waktu puncak selain menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar Desaru dan Pengerang.
Cadangan mewujudkan laluan penghubung ketiga antara kedua-dua negara itu dikemukakan Perdana Menteri dan dipersetujui Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long.
Anggota parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad sbelum ini menyifatkan langkah pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di Timur Johor sebagai tidak wajar.
Shahrir berkata pembinaan jambatan antara Singapura dengan Pengerang seterusnya Mersing itu bukan keperluan mendesak bagi rakyat negara ini dan pelancong dari republik itu.
“Pandangan saya, pembinaan jambatan itu bukan satu keperluan yang mendesak sebaliknya kerajaan perlu meningkatkan kecekapan perkhidmatan feri atau menggalakkan penggunan kapal dan bot bagi menghubungkan kedua-dua negara.
PAS Johor Bahru turut pernah mempersoal cadangan Najib dengan bertanya kenapa begitu mudah Perdana Menteri mencadangkan projek jambatan yang baru sedangkan kesibukan trafik yang sedia ada di tambak Johor masih tidak dapat diatasi biarpun Kompleks Iskandar yang baru sudahpun dibuka termasuklah penggunaan Link Kedua yang tidak dimaksimumkan penggunaannya dan perkhidmatan keretapi KTMB yang perlu diperbaiki segera mutu perkhidmatannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan