FAUZI IRWAN SHAH
Tumpuan politik masa kini seolah hanya tertumpu kepada Pas dan Umno dengan isu sebutan ramai berkaitan Kerajaan Perpaduan. Kita lihat pelbagai serangan dari luar persisir Umno khususnya melancar serangan saraf dan psikologi terhadap Pas, manakala Pas sendiri menelan peluru dari bedilan dalaman sendiri.
TGNA dengan Nash, ceritanya masih panjang. TGHA pula masih membisu, adakah akan ada satu ledakan memaksa TGNA tutup mulut lepas ini? semua itu menjadikan isu yang menyelimut ketidaksempurnaan dalaman Umno dan BN.
Hampir tak ada yang sebut pasal kepincangan tersebut, maksud saya kenyataan Najib berhubung KP yang kononnya sedia bincang dan sifatkan Pas ikhlas.
Selepas Najib sebut pasal bincang KP dengan Pas, tiada seorang pun pemimpin MCA, MIC mahu pun Gerakan yang menyahut, tiada yang berani buat komen melainkan pemimpin Umno sahaja.
Isunya sama, kalau Pas beria bincang KP dengan Umno, maka Pas dikatakan tidak jujur terhadap kepercayaan DAP dan PKR, malah Pas dihentam kerana tidak maklumkan langsung kepada parti pakatan.
Dari itu, apa halnya pula dengan "pakatan" dalam BN, adakah komponennya setuju kalau Umno yang menjadi taiko bertidur sekatil dengan Pas, tak kitalah sama ada sah berkahwin atau berzina cuma.
Yang jelas, pemimpin utama dalam BN seperti Ong Tee Keat, Koh Tsu Khoon, Samy Vellu merupakan kaki ampu nombor satu, mereka tidak berani bertanya pun apa yang diperkatakan oleh Najib.
Sikap diam diri terhadap perubahan yang bakal berlaku dalam kelambu rumahtangga itu tidak berani dibincangkan dalam parti sendiri, masing-masing buat dono, sibuk dengan perkara lain.
Tengoklah apa yang dilakukan Tee Keat, dia ni memang berani bersuara, tapi terhadap orang sendiri sajalah, lihat bagaimana dia membedal dan memperkecilkan timbalannya, Chua Soi Lek. Seburuk-buruk moral Chua, dia tetap pemimpin nombor 2 yang dipilih oleh ahli MCA, dia wajar dilayan sebagai orang utama dalam MCA, bukan dilayan oleh Tee keat seperti anjing jalanan yang mencari tulang reput.
Kalau berani kerana benar, kenapa tidak sanggah sahaja kenyataan najib yang nampak hampir 100% sudah berada pada landasan bincang KP dengan Pas (Nash sebenarnya). Adakah Tee Keat dan kepala ikan busuk Tsu Khoon dan Samy tetap angguk kalau najib kata lu semua kena bagi jalan sama Pas untuk kongsi katil empuk sekarang?
Tumpuan lebih diberikan terhadap reaksi MCA kerana dia parti kedua besar dalam BN. Tee Keat kini menghanyutkan kepercayaan penyokong dan ahlinya ke kapal layar zaman 70 an.
Belayar dengan cara harapkan angin yang ditiup Umno, kalau Umno berhenti nafas, maka seluruh kapal MCA tenggelam. Tee Keat sebaik naik jadi Presiden MCA, dia tidak pernah memberikan apa-apa jaminan kepada kaum Cina, sebaliknya dia terus menerus membentuk empayar diri, mengukuhkan kedudukan dengan mencalar-calar maruah timbalannya.
Tak berhenti sampai sekarang pun masih tidak boleh duduk bincang sebagai sahabat, jauh sekali macam adik beradik.
Kalangan komponen BN kini terbukti sebagai serangga jenis yang hanya tahu angguk, yang tahu berbalah dengan orang sendiri tapi penakut apabila berdepan Umno. Ini juga merupakan salah satu faktor pengundi Cina, India mengalih angin kepada Pakatan Rakyat.
Jika masih dungu dan terus menjadi alas pijak Umno, sah MCA, MIC dan Gerakan akan jatuh berdepuk pada PRU akan datang. Kalaulah Soi Lek jenis pemimpin tunjuk lagak, dah lama MCA berkocak angkara tee Keat mencantas dan melumpuhkan hampir seluruh barisan penyokong Soi Lek di semua peringkat cawangan dan bahagian MCA.
Jika diterbalikkan keadaan, andainya MCA kini sedang merisik dan berdampingan dengan DAP bagi membentuk perkongsian kuasa, apa gamaknya reaksi Umno ? jawab..jawab !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan