HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Januari 2010

Surat sokongan exco, ADUN bukan rasuah

BERNAMA


Surat sokongan yang dikeluarkan oleh anggota exco kerajaan negeri atau ADUN kepada orang ramai, tidak ditafsirkan sebagai rasuah, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Katanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyenaraikannya
sebagai sebahagian daripada amalan rasuah kerana ia tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi kepada pengeluar surat berkenaan.

Berucap di majlis taklimat khas SPRM kepada wakil-wakil rakyat BN dan pegawai kanan di Kangar hari ini, Md Isa bagaimanapun berharap setiap anggota exco dan ADUN perlu berhati-hati dalam mengeluarkan surat sokongan.

"Mungkin sesuatu yang dilakukan oleh seseorang anggota Exco atau ADUN tidak
langsung bermotif rasuah, tetapi jika tersilap tindakan, undang-undang boleh mentafsirkan mereka memberi atau menerima rasuah, dan akhirnya mereka sendiri yang akan menghadapi masalah," katanya.

Pengarah SPRM Perlis, Yusof Shamsudin berkata, taklimat khas itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada wakil rakyat di negeri ini tentang tafsiran rasuah.

Tiada ulasan: