HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 September 2010

Tun Mahathir tahu Umno akan tumbang PRU-13

Harakahdaily

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah sebagai ugutan kepada pengundi Melayu.

Abu Bakar berkata, ianya tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu agar tidak memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Tun Mahathir sudah menjangkakan Umno berkemungkinan besar untuk kalah pada Pilihanraya umum ke 13 nanti.

"Kenyataan Tun Mahthir itu hanyalah kenyataan politik lama bertujuan untuk mengugut pengundi Melayu agar tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang," kata beliau kepada Harakahdaily.

Beliau juga berkata, berkemungkinan besar Umno sudah tidak relevan dan ditolak oleh seluruh rakyat dan hilang sumber pendapatan daripada kroni-kroni mereka.

"Kita tahu selama ini pemimpin-pemimpin Umno memperoleh duit dari pengusaha-pengusaha kilang dan syarikat-syarikat kroni mereka untuk menjana kewangan parti mereka. Jika umno jadi pembangkang selepas ini maka tiada siapa yang sanggup beri duit pada Umno," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan hari ini berhubung kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat yang digelarnya parti pembangkang mendapat kuasa.

Mahathir juga mengambil contoh negeri Perak ketika dibawah Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa, walaupun menteri besarnya iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Melayu dari PAS, tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.

Mengulas lanjut Abu Bakar berkata, pemimpin-pemimpin Umno sedang ketakutan kerana satu-persatu kes salah guna kuasa dan skandal mereka akan terbongkar apabila PR memerintah negara ini.

"Sudah terdapat menteri-menteri Umno yang membeli tanah dan rumah di luar negara sebagai persediaan jika Umno tidak dapat memerintah Malaysia pada masa akan datang," katanya.

Tiada ulasan: