Datuk Seri Anwar Ibrahim
"Kita telah selesai isu itu (calon) dengan baik. Alhamdulillah sedikit pun tak ada masalah," katanya kepada pemberita selepas berucap pada ceramah PKR di Sungai Udang di sini petang ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada calon PKR yang terlibat dengan penjualan pil kuda serta menjulang gambar tokoh berfahaman komunis.
PKR bertanding di tiga kawasan Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri di Melaka pada pilihan raya umum ke-13. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan