HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 April 2013

Undilah calon Pakatan di Sabah, tumbangkan Umno BN

Oleh Balqis Abdullah

KOTA KINABALU : Calon KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Api-Api, Christina Liew Chin Jin menyeru pengundi supaya mengundi calon Pakatan Rakyat sahaja berikutan pertembungan beberapa penjuru di seluruh Sabah.

Ketua Cabang Kota Kinabalu itu berkata, perubahan perlu kerana pemisahan kuasa di peringkat negeri dan persekutuan gagal dan ia dibuktikan dengan kegagalan sistem ini ketika era Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Christina Liew (kanan) bersama calon Pakatan di kerusi Parlimen dan DUN Kota Kinabalu pada hari penamaan calon
Christina Liew (kanan) bersama calon Pakatan di kerusi Parlimen dan DUN Kota Kinabalu pada hari penamaan calon

“Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini adalah peluang keemasan untuk kita mengubah pemerintah di peringkat negeri dan persekutuan. Jika ini berjaya, Kerajaan Pakatan di Sabah akan dapat melaksanakan projek dan polisi menurut keinginan rakyat.

“Kita mempunyai Buku Jingga versi Sabah untuk memastikan faedah yang dibawa adalah mengikut keadaan tempatan. Pemimpin Pakatan Sabah akan bersama-sama memastikan tadbir urus yang berkesan di bawah pemerintahan Pakatan,” kata Christina.

Beliau menegaskan, undi kepada calon Pakatan akan menjamin BN tidak lagi mempunyai peluang untuk memerintah setelah sekian lama gagal membangunkan keperluan asas di Sabah.

Christina akan berhadapan pertempuran lima penjuru menentang Marcel Jude A/L Ms Joseph (Bebas), Felix Chong Kat Fah (Star), Datuk Yee Moh Chai (BN) dan Wong Yit Ming (SAPP).

BN memenangi kerusi Api-Api hanya dengan 174 majoriti undi pada PRU 12, 2008. Selain Api-Api, N14 Likas dan N16 Luyang adalah kerusi DUN bagi Parlimen Kota Kinabalu (P172).

Api-Api mempunyai 15,103 pengundi berdaftar.

Parlimen Kota Kinabalu yang mempunyai 50,516 pengundi berdaftar bakal direbut tiga calon, Jimmy Wong Sze Phin (DAP), Chin Teck Ming (BN) dan Michae Liew Hock Leong (Star).

Tiada ulasan: