Abdul Azeez berbual bersama balu Allahyarham Daud Kamsani, Saniah Sanusi (dua,kiri).
KOTA TINGGI - Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati rakyat negara ini
supaya tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang menawarkan kuota bagi
menunaikan haji seperti di laman sosial.
Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, segala urusan berhubung ibadah haji mesti melalui TH yang dapat pengiktirafan Kerajaan Arab Saudi.
“Saya nasihatkan orang ramai jangan terpedaya dengan pihak menggunakan laman sosial Facebook dengan nama orang penting atau nama raja mengatakan mereka mendapat kuota khas.
“Segala kerja-kerja ibadah haji mesti melalui TH, malah perdana menteri sendiri kalau mahu mengerjakan haji melalui TH,” katanya ketika ditemui di Felda Easter, semalam.
Katanya, pihaknya mengakui ada agensi pelancongan menawarkan pelbagai pakej menunaikan haji, namun pihak berkenaan sendiri meminta kuota TH.
“Saya merayu kepada orang ramai jangan tertipu. Ada kes penipuan membuat umrah di mana orang sudah sampai di lapangan terbang, tetapi kapal terbang tidak kunjung tiba.
“Banyak kes seumpama itu dan kita dapat laporan. Oleh itu, saya minta kalau ada orang macam ini menawarkan haji, rujuk dahulu pejabat TH berdekatan.
“Hari ini orang sudah tidak fikir, malah benda baik seperti menunaikan haji pun ada yang mahu menipu. Jangan terpedaya, sebaliknya rujuk TH,” katanya.
Terdahulu, beliau bersama rombongan Lembaga TH menziarahi keluarga Allahyarham Daud Kamsani, 64, yang merupakan jemaah haji pertama negara yang meninggal dunia pada musim haji 1434H.
Abdul Azeez berkesempatan menyerahkan bantuan khairat kematian sumbangan TH berjumlah RM1,500, selain meluluskan dua kuota menunaikan haji kepada balu dan anak lelaki arwah bagi musim haji tahun depan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan