HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Januari 2014

Sweden: 4 beradik akan dipindah ke keluarga Islam

MALAYSIAKINI


Khidmat Sosial Stockholm akan memindahkan anak pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa tempatan sebelum ini kepada sebuah keluarga Islam Malaysia dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan seorang pegawai tertinggi Khidmat Sosial kepada Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Sheikh Nafiq Alfirdaous hasil pertemuan kedua-dua pihak petang semalam waktu tempatan.

Jelas Sheikh Nafiq, ketika ini pihak Khidmat Sosial Stockholm hanya menunggu persetujuan kedua-dua ibu bapa dan kelulusan mahkamah sebelum pertukaran itu dimuktamadkan.

"Kita harap perkara ini dapat dilakukan secepat mungkin atau dalam masa terdekat. Moga rakyat Malaysia teruskan doa dan sokongan," katanya kepada media Malaysia selepas pertemuan di pejabat Khidmat Sosial di Stockholm.

Difahamkan, pertukaran itu akan diadakan dalam tempoh 24 jam namun bergantung kepada kecepatan kesemua proses yang disebut.

Pasangan itu merupakan pegawai Tourism Malaysia di Sweden iaitu Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal seorang guru sedang dalam tempoh bercuti tanpa gaji, ditahan sejak 18 Dis lepas kerana didakwa mendera anak mereka atas alasan tidak bersolat.

Ekoran penahanan kedua-duanya, anak-anak mereka terpisah dengan mereka sejak hampir 40 hari dan pihak berkuasa Sweden telah melantik keluarga angkat bukan Islam untuk menjaga keempat-empat beradik berkenaan. - Bernama

Tiada ulasan: