HALAMAN SANTAI

Khamis, 9 Januari 2014

Polis akan panggil 4 penganjur himpunan TURUN

MALAYSIAKINI




Pasukan polis mengenalpasti empat individu yang didakwa terbabit dalam penganjuran himpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata ia bertujuan membantu siasatan berhubung pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kita buka tujuh kertas siasatan, salah satu daripadanya hampir lengkap dan akan diserahkan kepada peguam negara dalam tempoh terdekat.

"Siasatan secara menyeluruh dilakukan termasuk insiden rempuhan dan individu yang menyampaikan ucapan pada malam itu," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Khairi juga berkata, polis menerima sebanyak 1,936 laporan polis daripada NGO dan individu yang membantah perhimpunan yang membawa isu kenaikan kos sara hidup itu.

Tiada ulasan: