KL TODAY
PETALING JAYA:
Sebahagian isi kandungan perjanjian penyelesaian perceraian dipercayai
di antara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya,
Raja Ahmad Shahrir Raja Salim tersebar luas di laman media sosial,
Facebook pada Jumaat.
Isi
kandungan perjanjian itu yang dimuatnaik oleh seorang pengguna di
laman tersebut menunjukkan ia menyerupai draf surat oleh pejabat
peguam.
Antara
yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah mengenai persetujuan
kedua-dua belah menyelesaikan isu perceraian, tuntutan selepas
perceraian dan hadhanah anak-anak mereka secara damai.
Menurut
surat perjanjian itu, mereka juga bersetuju kes tersebut diselesaikan
tanpa membabitkan sebarang perbicaraan di mahkamah.
Dalam pada
itu, pasangan tersebut juga didakwa telah membuat satu perjanjian
mengenai beberapa perkara lain di mana ia akan berkuatkuasa dari tarikh
perjanjian penyelesaian itu ditandatangani.
Bagaimanapun, kesahihan mengenai surat perjanjian itu tidak dapat dipastikan.
Pada Khamis, Nurul Izzah disahkan memfail penceraian terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pemeriksaan rekod mahkamah oleh The Star Online mendapati kes perceraian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan suaminya itu wujud.
Nurul
Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya
dengan Raja Ahmad Shahrir , 35, pada akhir Disember tahun lalu.
Dalam
kenyataan media bersama pada Khamis, Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir
Raja Salim meminta supaya mereka diberikan ruang peribadi untuk
menyelesaikan isu itu.
“Kami amat
sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami
apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan
ini.
“Keluarga kami menjadi keutamaan,” kata mereka pada Khamis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan