KL TODAY
PETALING
JAYA – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini menjelaskan bahawa
cadangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara
ini adalah bermula daripada Tun Daim Zainuddin bukannya daripada Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Jelas
Rafizi yang juga merupakan Pakar Strategik PKR itu, Datuk Seri Anwar
Ibrahim hanya mewarisi cadangan tersebut, namun pun begitu ketika Anwar
menjadi Menteri Kewangan, beliau tidak melaksanakan GST tersebut.
“Ramai yang salah anggap bahawa Datuk Seri Anwar yang bertanggungjawab dalam pengenalan GST di Malaysia.
“…namun
itu cuma salah faham kerana, cadangan GST bermula ketika Tun Daim
Zainuddin menjadi menteri kewangan iaitu selepas krisis ekonomi pada
tahun 1985 hingga 1987.
“…Anwar
menjadi menteri kewangan ketika tahun 1991, beliau (Anwar) hanya
mewarisi undang-undang tersebut… namun begitu ketika awal 1990 ekonomi
kita semakin meningkat… oleh itu tiada keperluan untuk dilaksanakan
GST, jadi bukan Datuk Seri Anwar yang mencadangkan GST ini sebaliknya
Tun Daim Zainuddin,” katanya pada Taklimat Faham GST Tolak GST di
auditorium MBPJ, hari ini.
Pelaksanaan
GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015 ini, menjadi kontroversi
apabila banyak pihak mendakwa GST akan memberi bebanan kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan