Pengumuman oleh PM Najib beberapa
langkah untuk mengurangkan kos penyelenggaraan negara dan pentadbirannya
semalam menarik untuk dibuat komen. Elaun keraian Menteri dan Timbalan Menteri
dikurangkan 10 peratus kalau tidak silap saya. Elaun untuk subsidi tol bagi
pegawai kanan kerajaan akan dikurangkan, poster dan banting untuk program
anjuran jabatan kerajaan dihentikan dan beberapa perkara yang kecil yang lain
akan dikurangkan penggunaannya.
Saya berasa malas untuk
membacanya secara terperinci kerana saya yakin ini merupakan satu tindakan
diatas rasa keterdesakkan dengan tekanan ramai terhadap isu pemborosan dalam
perbelanjaan kerajaan. Tetapi kita terimalah pengumuman ini dengan baik walaupun
ia tidak memberikan banyak kesan terhadap kedudukan kewangan negara. Kata orang
Melayu dikampung-kampung, ‘ok lah tu, nampak sikit usaha walaupun kocik, kito
dapek jugak. Tak dapek lauk, kuah eh pun cukuplah. Kuah ayam ghaso eh macam ghaso
ayam jugak’.
Sebenarnya jika dinilai dari
sikap rakus pemimpin-pemimpin termasuk Menteri-Menteri ini, kalau dipotong gaji
mereka terus pun boleh, kerana mereka boleh bergantung kepada ‘duit
luar’ mereka buat sementara ini. Bagi setengah di antara mereka ini, kalau
mereka tidak bergaji pun tidak ada hal, kerana peluang lain mereka banyak. Gaji
dan elaun mereka itu ibarat taik mata sahaja.
Tindakan ini mengingatkan kita
dengan Bantuan 1Malaysia (BRIM). Tahun lepas dan tahun sebelumnya, diberikannya RM1000 (2 kali) bukan untuk
semua, tetapi hanya kepada ketua keluarga yang berpendapatan RM3000 kebawah
sahaja. Tetapi apa yang mereka ambil kembali dari semua orang? Mereka ambil
kembali subsidi bahan bakar yang melibatkan semua orang. Mereka mengambil balik
subsidi gula dari semua orang... 'Diberinya seinci dipotongnya sejengkal'.
Sesungguhnya PM Najib ini
merasakan cara membeli jiwa manusia ini masih cara yang baik kepada beliau. Beliau
dan keluarga beliau tidak ada siapa yang boleh menarik balik dari keluarganya
apa yang tidak sepatutnya diambilnya dari dulu lagi. Hairannya Muhyiddin diam sahaja akhir-akhir ini?
Tindakan mengurangkan elaun
keraian ini apa pula nak dipanggil? Panggil lah apa-apa nama sekali
pun...ia tetap tidak menyelesaikan masalah. Cara penyelesaiannya ialah
dengan Najib duduk beramai-ramai dengan jemaah Menterinya dan membuat
'press conference' dan umumkan perletakan jawatan seluruh jemaah Menteri
negara kerana telah gagal mentadbir negara.
Biar rakyat dan perlembagaan mencari jalan bagaimana hendak memulakan kerajaan yang baru.
Biar rakyat dan perlembagaan mencari jalan bagaimana hendak memulakan kerajaan yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan