MALAYSIAKINI
DAP Sarawak hari ini menjelaskan bahawa
mereka menentang sebarang usaha untuk melantik Ketua Menteri Sarawak Tan
Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri seterusnya.
Ini kerana Taib secara aktif disiasat bawah Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia, kata ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen hari ini.
Beliau merujuk kepada spekulasi dalam ruang politik, dan dibincang meluas di Kuching.
Spekulasi itu antaranya menyebut, Taib akan, selepas 28 Februari 2014,
meletakkan jawatan sebagai ketua menteri dan seterusnya menjadi ketua
negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan