HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Mei 2014

Kalau Lin Dan lawan Misbun, siapa Cina sokong? soal Ridhuan Tee

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Ridhuan Tee Abdullah menggunakan analogi sukan badminton di mana kebanyakan pemain adalah Cina dalam usaha menunjukkan hak penduduk asal perlu kembali diiktiraf. – Gambar AFP, 26 Mei, 2014.Ridhuan Tee Abdullah menggunakan analogi sukan badminton di mana kebanyakan pemain adalah Cina dalam usaha menunjukkan hak penduduk asal perlu kembali diiktiraf. – Gambar AFP.



Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini menafikan dirinya mengalami krisis identiti, sebaliknya mahu mempertahankan Islam dan hak penduduk asal kembali diiktiraf.

Pensyarah kontroversi itu menggunakan analogi sukan badminton dengan meletakkan pemain Malaysia dan pemain Melayu bertemu dengan pemain luar dan bukan Melayu.

“Chong Wei vs Lin Dan adalah contoh naif untuk menzahirkan rasa cinta kepada Malaysia. Kedua-duanya adalah Cina. Tentu kita menyokong Cina Malaysia daripada Cina China.

“Katakan, Chong Wei vs Misbun atau Lin Dan vs Misbun atau Lin Dan vs Taufik Hidayat (Indonesia), ketika itu, siapakah yang disokong?," soal Ridhuan merujuk kepada pemain perseorangan badminton China dan bekas jaguh negara Datuk Misbun Sidek.

“Justeru, tidak perlulah berpura-pura mahu menunjukkan cintakan Malaysia, tetapi mengundi ultra-kiasu,” katanya menerusi artikel yang diterbitkan akhbar Sinar Harian bertajuk “Krisis Identiti dan Ultra Kiasu”.

Ridhuan menjawab artikel yang diterbitkan akhbar milik MCA, The Star yang menyifatkannya mengalami krisis identiti kerana sering memperjuangkan Melayu.

Artikel itu mendakwa Ridhuan boleh bermimpi dan berfikiran seperti Melayu tetapi hakikatnya dirinya masih kaum Cina serta pernah menggunakan nama Tee Chuan Seng.

Beliau berkata penulis artikel berkenaan tidak mengenalnya secara dekat dan beliau menolak analogi rumah ibadat berdekatan sebagai lambang perpaduan kaum.

“Ternyata, pengarang tersebut tidak mengenali saya dan tidak membaca sepenuhnya artikel saya.
Beliau mengambil contoh kedudukan masjid bersebelahan dengan tokong, gereja dan kuil sudah melambangkan perpaduan kaum. Nampak sangat cetek pemikirannya.

“Lokasi rumah ibadat bersebelahan, belum tentu menandakan masyarakat kita hidup harmoni, jika mereka jahil sejarah. Apa gunanya duduk dekat, jika penuh syak wasangka. Inilah yang sedang berlaku.” katanya seperti disiarkan Sinar Harian.

Beliau hari ini turut mencabar mana-mana pihak tampil menafikan dakwaannya bahawa pembayar cukai terbesar adalah di kalangan orang Melayu.

Katanya, cukai individu yang dibayar oleh badan swasta cenderung berlaku penipuan kerana badan bukan kerajaan (GLC) yang diwakili orang Melayu merupakan penyumbang terbesar.

“Mengenai sumbangan cukai pendapatan, saya memasukkan GLC itu mewakili Melayu (Islam), kerana majoritinya diuruskan orang Islam dan negara ini ditadbir orang Islam serta hasil bumi ini datang dari bumi Melayu.

“Bukan saya tidak tahu membezakannya. Saya cabar kemukakan data siapakah penyumbang cukai terbesar di negara ini, jika pendapat saya tidak betul.

“Lagipun cukai individu yang bekerja kerajaan lebih telus, kerana tidak berlaku penipuan berbanding dengan cukai yang dibayar badan swasta. Jika tidak percaya, tanya syarikat yang mengaudit kedudukan kewangan syarikat ultra kiasu setiap tahun.” katanya

Tiada ulasan: