Semasa 22 tahun pemerintahannya sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad sering dikaitkan dengan pelbagai salah laku, daripada rasuah kepada salah guna kuasa. Tuduhan itu sentiasa dinafikannya.
Sekarang, 11 tahun selepas berundur, bekas perdana menteri itu mengingatkan pihak yang masih berkuasa akan tanggungjawabnya.
Katanya, kekuasaan yang diamanahkan kepada mereka “bukan untuk pengagungan peribadi sebaliknya supaya pemegang jawatan melaksanakan tanggungjawab”.
Doktor 88 tahun yang beralih menjadi ahli politik itu mengulas ucapan Raja Nazrin Shah, perwaris kerajaan Perak.
“Sudah tiba masanya Raja Nazrin mengingatkan semua orang, rakyat, pemimpin politik dan pemerintah bahawa kita mengamalkan demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan.
“Tiada sesiapa, tetapi tiada sesiapa untuk sebarang alasan berfikir mempunyai kuasa mutlak bersamanya, dan justeru itu demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan boleh diketepikan,” kata Mahathir.
Katanya, terdapat insiden yang mana terdapat warganegara Malaysia cuba menafikan pemerintah majoriti yang demokratik dengan menganjurkan perhimpunan besar dan berterusan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat.
“Kita juga melibat berapa kerap jeneral-jeneral merampas kuasa apabila pemerintah awam melemah atau dijatuhkan oleh demonstrasi jalanan atau kekerasan.
“Kita juga lihat terdapat ahli politik yang menyalah guna kuasa yang diberikan kepada mereka. Dan pemerintah juga dimaklumi merampas kuasa dan menjalankan pemerintahan tidak mengikut perlembagaan walaupun dalam keadaan demokrasi.” tambahnya.
Titah baginda, institusi raja juga bukan hiasan, sebaliknya institusi utama yang termaktub secara perundangan dalam perlembagaan negara.
Baginda bertitah, ini terbukti apabila 10 peratus – 19 daripada 183 perkara – dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan raja.
"Ini bermakna Malaysia yang mengamalkan kerajaan berkonsepkan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen telah memperuntukkan secara perundangan peranan dan tanggungjawab tertentu kepada raja pemerintah.
"Oleh itu, institusi raja perlu bertenaga agar berupaya memenuhi tuntutan, juga bersifat dinamik untuk bersedia menghadapi cabaran," Raja Nazrin dipetik sebagai bertitah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan