Protes Pemuda Umno Wilayah Persekutuan
yang menyerbu ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur adalah "harga yang perlu
dibayar" DAP akibat wakil rakyatnya menggunakan perkataan yang "jijik
dan berbaur kebencian".
"Apabila perasaan marah mula membara, inilah harga yang terpaksa dibayar apabila salah guna perkataan.
"Apabila YB KJ (Khairy Jamaluddin) mencabar wakil rakyat itu ulang
perkataan yang sama di luar dewan (undangan negeri), beliau tidak berani
mengulanginya dan ia kelihatan seperti beliau meyalah guna kekebalan
dewan," katanya pada sidang media petang ini, di Teluk Intan.
Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas tindakan Pemuda Umno
menyerbu ibu pejabat DAP di Jalan Pudu, Kuala Lumpur selepas ADUN Seri
Delima di Pulau Pinang, RSN Rayer dalam sidang dewan menggunakan istilah
"celaka" terhadap beberapa pemimpin Umno.
"Dalam
sebuah negara demokrasi kita boleh berbeza pendapat dan pandangan
tetapi kalau kita mengizinkan mana-mana pemimpin parti menggnakan
perkataan jijik, maka anggapan kepada orang yang guna perkataan itu
(adalah) tidak matang dan tidak menghormati orang.
"Bagaimana nak harap dihormati orang lain kalau orang itu tak menghormati orang lain.
"Tentunya rasa terhiris ini sesuatu yang tak dapat dielakkan," katanya
pada sidang media selepas Program Sepetang Menteri Dalam Negeri bersama
warga RELA Teluk Intan.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin menyifatkan
serbuan itu sebagai "reaksi semulajadi" Pemuda Umno dalam
"mempertahankan imej parti apabila dicabar dan tercabar".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan