THE RAKYAT POST
50 nelayan tidak terima pampasan daripada pemaju, kerana keahlian mereka tidak disenaraikan LKIM Pulau Pinang.
GEORGE TOWN - Sekumpulan 50 nelayan dari Tanjung Tokong
tidak berpuas hati, kerana gagal menerima pampasan daripada pihak
pemaju, berikutan keanggotaan mereka tidak disenaraikan Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang.
Pengarah LKIM negeri, Raja Kahalid Raja
Ariffin berkata, mereka tidak tersenarai sebagai penerima, disebabkan
tidak berdaftar, tidak aktif dan tidak mengambil minyak subsidi yang
diberikan Kerajaan Persekutuan.
“Kami membuat senarai pendek nelayan yang mengambil minyak dari 2013 hingga tahun ini.
“Dari situ, kami dapat membuat
kesimpulan, sama ada nelayan tersebut aktif atau tidak, turun ke laut,”
katanya selepas majlis penyerahan wang sagu hati kepada 200 nelayan yang
layak, hari ini.
Seramai 200 nelayan menerima pampasan
daripada pihak pemaju antara RM12,000 hingga RM15,000 untuk pemilik bot
serta RM2,000 bagi awak-awak, ekoran projek perumahan yang dirancang di
Persiaran Gurney merentasi kawasan nelayan.
Sementara itu, wakil kumpulan nelayan
itu, Faizal Yusoff, 38, mendakwa terdapat sekumpulan kecil nelayan dari
Tanjung Tokong yang layak menerima wang sagu hati tersebut, tetapi gagal
kerana LKIM menyatakan mereka tidak berdaftar.
“Pihak LKIM cakap mereka tidak layak
terima wang sagu hati, dengan alasan tidak berdaftar dan ia tidak
munasabah, kerana mereka ini mempunyai lesen dan aktif turun ke laut
menangkap ikan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan