HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 November 2015

Ali Tinju sedia berdepan dengan Subramaniam jika vape diharamkan

 
Mohd Ali yang tidak bersetuju dengan pengharaman penggunaan vape sedia untuk berdepan dengan Subramaniam bagi memohon agar ia tidak diharamkan 


ali-tinju_subra_vape_600


PETALING JAYA: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan panggilan Ali Tinju menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam sekiranya kerajaan mengharamkan penggunaan vape.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu itu berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan Subramaniam yang mahu supaya penggunaan vape diharamkan.

Katanya, kerajaan perlu mengkaji balik cadangan itu agar ia tidak menimbulkan kemarahan daripada mana-mana pihak.

“Saya tidak setuju denganYB (Subramaniam) haramkan Vape. Mohon jasa baik supaya kaji balik
“Saya sedia berdepan dengan Menteri Kesihatan (Subramaniam) jika masih tidak halalkan vape,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Subramaniam berkata, kerajaan akan menimbang untuk mengharamkan penggunaan vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.

Subramaniam memberitahu, kementeriannya mempunyai kuasa untuk menyekat penjualan cecair vape di bawah Akta Racun 1952.

Nikotin merupakan racun kumpulan C iaitu bahan yang memerlukan lesen jika mahu dikeluarkan atau dijual.

Tiada ulasan: