HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 November 2015

Anak maut, bapa parah ditembak di Semenyih

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KAJANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dan bapanya parah selepas terkena tiga das tembakan di hadapan sebuah bank di Jalan Besar, Semenyih, di sini malam tadi. 
 
Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, lelaki berusia 30-an itu ditembak di leher manakala, anaknya terkena tembakan di kepala. 
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah mengesahkan perkara itu di sini, sebentar tadi. 
 
Katanya, tembakan itu dipercayai ditujukan pada bapanya, namun turut terkena anaknya itu. 
 
"Kedua-dua mangsa dikejarkan oleh orang ramai ke Hospital Kajang namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia, manakala bapanya dalam keadaan kritikal. 
 
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.
 
 

Tiada ulasan: