HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 November 2015

APEC, TPP ada agenda berasingan

SINAR HARIAN



TPP


BANGKOK - THAILAND. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) mempunyai agenda berasingan, kata Timbalan Penolong Setiausaha Negara dan Pegawai Kanan AS bagi APEC, Matt Matthews.


"Agenda APEC berasingan. TPP ialah kumpulan rundingan ekonomi berasingan. Mereka semua anggota APEC, tetapi ia dilakukan berasingan," katanya.  

Matthews berkata demikian semasa taklimat pada 2 Nov di Foreign Press Centre di Washington mengenai mesyuarat dan sidang kemuncak pemimpin-pemimpin APEC diManila pada 16-19 Nov ini.   

Transkrip taklimat tersebut disediakan hari ini.  

Beliau berkata agenda APEC bukan berasaskan kepada apa yang berlaku dalam rundingan TPP.   

"Agenda APEC sentiasa digerakkan kepada proses liberalisasi perdagangan. Kami menyambut baik kejayaan memuktamadkan TPP, tetapi ia tidak memberi kesan langsung kepada proses perbincangan APEC," katanya.   

Matthews berkata tiada sebarang pertimbangan aktif dalam APEC bagi menambah keanggotaannya ketika ini.   

"Dari semasa ke semasa, negara dan ekonomi akan menunjukkan minat. Ketika ini, tiada sebarang perbincangan utama berkaitan itu. Pada masa hadapan, perkara itu mungkin akan disemak semula dan kita akan lihat ke mana hala tujunya," katanya. - Bernama


Tiada ulasan: