Tidak perlu untuk menyiasat Dr Mahathir kerana individu yang sewajarnya disiasat adalah Perdana Menteri
PETALING JAYA:Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta agar tidak terus melakukan siasatan terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menegaskan, orang yang sepatutnya disiasat oleh organisasi yang melaksanakan undang-undang itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi tulisan terbaru diblognya, Zaid menyatakan, polis sepatutnya menyiasat Perdana Menteri ekoran dakwaan terlibat dalam skandal politik.
“Apa yang ingin saya nyatakan bahawa polis sepatutnya melupakan rancangan untuk mendakwa Dr. Mahathir. Jika mereka mahu mendakwa, dakwalah atas dakwaan yang lebih serius.
“Adakah beliau terlibat dengan amalan korup sepanjang 22 tahun dia mentadbir? Adakah beliau menyalahgunakan kuasa? Adakah beliau mempunyai akaun di luar negara dan terlibat dengan penggubahan wang haram.
“Jika jawapannya tidak, saya cadangkan polis fokus kepada Najib dan mereka perlu memulakan siasatan ke atas beliau kerana seluruh dunia tahu tentang dakwaan ke atasnya itu,” katanya.
Justeru, Zaid berkata, tidak perlu untuk polis melibatkan Dr Mahathir kerana individu yang sepatutnya disiasat ada di depan mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan