Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas syarikat bumiputera yang terus meminta permit import (AP) tetapi gagal menggunakannya dengan bijak.
Najib berkata AP diberi kepada syarikat bumiputera dengan tujuan mereka menceburi dan mengembangkan perniagaan di bidang lain.
"Bila bagi AP ke syarikat bumiputera, kita hendak mereka gunakannya untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam bidang-bidang lain.
"Ia macam pemangkin, tak banyak syarikat yang dapat AP boleh berjaya dalam bidang lain seperti mana kejayaan Kumpulan Syarikat Naza.
"Saban tahun (syarikat bumiputera) mintak AP, sepatutnya AP digunakan sebagai dana untuk kembangkan perniagaan mereka dalam bidang-bidang lain," katanya.
Najib berucap demikian pada majlis pelancaran Naza Tower yang kini menjadi antara mercu tanda baru di ibu kota selain menjadi lambang kejayaan Kumpulan Naza sebagai sebuah konglomerat bumiputera ulung.
Menara setinggi 50 tingkat yang dibangunkan di tapak seluas 3.64 hektar berhampiran Menara Berkembar Petronas (KLCC) itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan bersepadu Naza di Platinium Park yang menelan kos keseluruhan RM4 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan