HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 November 2015

Golongan muda masih 'mentah' soal politik

SINAR HARIAN


Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad
Dr Noor Sulastry
 
 
KUALA LUMPUR - Tahap kematangan politik dalam kalangan golongan muda adalah membimbangkan kerana kebanyakkan mereka belum mempunyai pengetahuan politik yang mencukupi.

Pensyarah Kanan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, kebanyakan daripada mereka hanya bertindak sebagai pasukan sorak atau penyokong atas pagar dengan sekadar membaca, melihat dan mendengar di laman-laman sosial seperti Facebook dan YouTube.

Beliau turut mempersoalkan sama ada golongan muda membuat justifikasi yang tepat hanya dengan merujuk kepada media sosial sebagai sumber pengetahuan politik.

Menyedari hakikat bahawa golongan ini 'berdarah muda' dan sentiasa menganggap mereka betul, Noor Sulastry Yurni berkata adalah lebih baik sekiranya mereka memantapkan ilmu dalam bidang berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai senario politik negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel Persidangan Kepimpinan Wanita Muda Asean 2015 (AYWLC) di sini, hari ini.

Menurut pensyarah sosiologi itu, kebanyakan daripada golongan belia  yang sentiasa mahukan perubahan dalam landskap politik negara atas alasan sudah muak dengan parti pemerintah, sebenarnya belum mempunyai pengetahuan politik yang mencukupi.

"Sebagai contoh, ada yang marah apabila GST (cukai barang dan perkhidmatan) dilaksanakan hanya kerana ia melibatkan Barisan Nasional sebagai parti yang memerintah, sedangkan ada antara mereka sendiri tidak tahu maksud GST.

Namun, adakah golongan ini yakin perubahan yang diingini boleh menjadi kenyataan sekiranya berlaku perubahan kepada sistem pentadbiran negara?," katanya.

Beliau berkata, jika golongan muda benar-benar sudah matang dalam pengetahuan politik, mereka akan memperjuangkannya secara bersungguh-sungguh dengan menyertai sesebuah parti politik. - Bernama


Tiada ulasan: