Hak korporat atasi pengguna Internet dalam TPPA, kata ahli Parlimen pembangkang
Ahli
Parlimen Kelana Jaya (PKR) Wong Chen berkata TPPA akan melindungi
kepentingan syarikat besar mengatasi pengguna Internet, dan pembekal
perkhidmatan Internet akan menjadi 'polis Internet' berkenaan hak cipta.
– Gambar fail The Malaysian Insider.
Perjanjian
Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan melindungi kepentingan
syarikat-syarikat besar melebihi hak pengguna Internet, dan membuka
ruang kepada penapisan yang lebih luas, kata ahli Parlimen pembangkang. Ahli Parlimen Kelana Jaya (PKR) Wong Chen dan ahli Parlimen Parti
Amanah Negara (Amanah) dari Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata, pembekal
perkhidmatan Internet (ISP) akan diberikan peranan sebagai "polis
Internet" dalam perjanjian perdagangan itu, apabila menyentuh soal
kandungan hak cipta.
"Ini bermakna pembekal akan menurunkan kandungan, membenarkan kawalan
Internet yang lebih meluas," kata Dr Hatta pada sidang media di lobi
Parlimen, hari ini.
Perjanjian TPPA menghendaki Malaysia memberikan insentif perundangan
kepada ISP untuk menyingkirkan kandungan yang berbentuk hak cipta, kata
mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan