KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu hari ini memberi amaran kepada
pengguna media sosial agar menghentikan penyebaran khabar angin
mengatakan terdapat pengebom berani mati dari kumpulan Abu Sayyaf di
sekitar bandar raya ini.
Ketua Polis Bandar Raya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata pihaknya
memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap
mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat tidak benar itu.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Chandra berkata polis menafikan
khabar angin itu dan sentiasa meletakkan keselamatan awam sebagai
keutamaan polis.
Baru-baru ini, tersebar maklumat yang mendakwa kumpulan Abu Sayyaf
menempatkan lapan pengebom mati di beberapa lokasi penting di Sabah
khususnya sekitar bandar raya ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan