SHAH ALAM: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham
Shaharin mempersoal mengapa kerajaan negeri Selangor berbelanja RM9.7
juta hanya untuk menaiktaraf sebuah pintu gerbang di Shah Alam.
Ujar Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, harga
untuk mengecat semula serta menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan
itu terlalu mahal dan jelas sekali membazir.
Menurut Exco Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan
Pertanian & Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, tander
kerja-kerja itu diberikan kepada syarikat bernama Islah.
"Saya hanya memfokuskan kenapa jumlah sebegitu hanya untuk cantikkan pintu gerbang ?
"(Saya) tidak mahu bercakap berkenaan proses penganugerahan tender
syarikat dengan nama istilah arab tersebut atau bagaimana sumber bajet
tersebut.
"RM9.7 juta jumlah yang mungkin sikit jika diperkatakan oleh orang yang
bergaji puluhan ribu seperti Menteri dan Exco kerajaan negeri," kata
Chegubard di laman blognya, hari ini.
Menurut laporan portal The Malaysian Insider, Zaidy berkata pintu
gerbang itu akan dinaiktaraf selepas 34 tahun dan dijangka siap pada
Oktober tahun depan.
Menurutnya, sejak dibina pada 1981, pintu gerbang itu tidak pernah dinaiktaraf.
Kerja-kerja naiktaraf itu melibatkan mengecat semula, pembersihan,
penyelenggaraan lampu dan tidak melibatkan jalan di kawasan pintu
gerbang itu, ujar Zaidy.
Mengulas lanjut, Chegubard mengingatkan kepimpinan PKR di Selangor agar
tidak terikut-ikut dengan pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang
kerap dituduh sebagai membazir.
"Ini jelas adalah selama ini (perangai membazir) yang kita sebut
perangai Umno. Mohon PKR sebuah parti yang diyakini mampu menerajui
Malaysia, sebuah parti yang begitu dekat di hati rakyat kerana isu
porpular dalam memberi harapan kepada rakyat untuk bertindak segera,"
katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan