Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani
KAYVEAS: Tun Mahathir sepatutnya tahu apa yang beliau harus lakukan. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Sesiapa
sahaja yang mengkritik kerajaan secara berterusan akan membuatkan
individu itu kelihatan seperti badut, kata Presiden Parti Progresif
Penduduk Malaysia (PPP), Tan Sri M Kayveas.
Kayveas berpandangan, beberapa pemimpin pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya berhenti mengkritik kerajaan setelah kritikan mereka mula terjawab dari masa ke semasa.
"Mahathir telah menjadi Perdana Menteri untuk lebih 20 tahun dan dia menerima faedahnya. Kami sayangkan dia (Tun Mahathir), kami sukakan dia.
"Tapi bila dia mengkritik sesuatu perkara, ia menyakitkan kami," kata Kayveas ketika ditemui pada sambutan Rumah Terbuka Hari Deepavali PPP di sini hari ini.
Ditanya apakah yang harus Tun Mahathir lakukan kini selain terus mengkritik kerajaan, kata Kayveas, tokoh itu sepatutnya tahu apa yang harus dia lakukan.
"Tun Mahathir tahu apa yang harus dia buat. Semua orang perlu bertenang (tone down) sebab persoalan telah mula terjawab satu per satu.
"Tidak banyak yang mereka mampu lakukan. Kritikan yang berterusan akan membuatkan mereka dilihat seperti badut," jelas Kayveas.
Beliau turut melahirkan rasa kasihan kepada sesetengah individu yang
menkritik kerajaan kerana katanya pihak tersebut sebenarnya tidak tahu
apa yang sedang mereka lakukan.
Kayveas berpandangan, beberapa pemimpin pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya berhenti mengkritik kerajaan setelah kritikan mereka mula terjawab dari masa ke semasa.
"Mahathir telah menjadi Perdana Menteri untuk lebih 20 tahun dan dia menerima faedahnya. Kami sayangkan dia (Tun Mahathir), kami sukakan dia.
"Tapi bila dia mengkritik sesuatu perkara, ia menyakitkan kami," kata Kayveas ketika ditemui pada sambutan Rumah Terbuka Hari Deepavali PPP di sini hari ini.
Ditanya apakah yang harus Tun Mahathir lakukan kini selain terus mengkritik kerajaan, kata Kayveas, tokoh itu sepatutnya tahu apa yang harus dia lakukan.
"Tun Mahathir tahu apa yang harus dia buat. Semua orang perlu bertenang (tone down) sebab persoalan telah mula terjawab satu per satu.
"Tidak banyak yang mereka mampu lakukan. Kritikan yang berterusan akan membuatkan mereka dilihat seperti badut," jelas Kayveas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan